Monday, 16 March 2015

Tindakan tanpa Penjelasan

Ada banyak hal yang ingin aku lakukan
Dalam segala hal yang belum sempat aku jelaskan
Bagi aku….ada hal yang tidak perlu penjelasan cukup dengan tindakan
Apa yang orang lain lakukan aku juga mahu
Aku mahu jadi pemenang dalam pertandingan
Aku mahu jadi tuan yang ada tinggi jawatan
Aku mahu jadi cantik antara yang rupawan
Aku mahu cerdik pintar yang lebih dari cendikiawan
Aku mahu pusing dunia..dari eropah sampai ke medan…aku mahu..
Aku mahu belanja semua kawan di kedai makan
Bercakap dengan haiwan juga aku mahu…
Aku mahu pendamping setampan david beckham
tapi ini kehidupan…bukan wayang
aku berada selayak di mana aku patut berada..kerana aku yang pilih jalan..
bukan aku pertikai apa yang sudah di tentukan Tuhan
aku hanya berkongsi impian dan harapan
bukan paksaan cuma penjelasan…kerana ada yang tidak faham dengan tindakan
meludah penghinaan..tiada penyesalan…
nanti saja dibincangkan…kerana aku ada tujuan
bukan pura-pura …ini kenyataan..
hidup adalah impian
kita merancang Tuhan menentukan…
kita cari dengan usaha dan kesabaran
terima segala cacian
berdoalah di kabulkan impian oleh Tuhan

aku percaya pada satu hal
terbaik itu sudah ada lama dalam diri kita
tergantung diri kita keluarkannya sebaik apa


No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...