Hati apa yang kau rasa itu bohong
Tangan apa yang kau sentuh itu bohong
Telinga apa yang kau dengar itu juga bohong
Kebohongan dunia pada pencintanya
Dihuni jembalang pada hatinya
Lantas kebohonganmu itu adalah kekuatan mereka yg tandus
Hanyut pada nikmat yang sementara
Berkejaran pada perkelahian
Bermegah pada pertengkaran
Bongkak pada kesombongan
Gagah pada kelemahan
Duniamu sdh tidak lagi sopan
Bibit kasih cuma sekecil kuman
Tidak bisa lagi di lihat pada dasar logika
Kerana sdh lama mereka terleka
Titis airmata lakonan pendusta
Tergelak besar di hati buta
Mengheret yang polos dalam pentas pura2
Jadi lapar dalam kata
Jangan di bahas lagi pada dunia
Sdh tua lagi derita
Biar saja mereka bermaharajalela
Pasti juga nnti mereka lupa
Masih ada yang di atas sana
Kuasanya yang Esa
Membalas semua rasa terdera
Masih ada masa utkmu yang lara
Terhukum oleh dunia
Berdirilah..kejarlah yang Esa
Kau tahu pasti tidak akan ada duka
Kerana kau yakin Allah itu ada
Dan sentiasa ada...
-nas-
No comments:
Post a Comment