Sunday, 22 March 2015

Dendam Bernanah

saat nafas terhembus adalah kata tanpa suara
yang semunya di kunci dalam hati dan minda
menyimpan sejuta dendam sengketa lama
setiap airmata jadi nanah dalam darah
merah pekat tiada pewarna tiada penawar

kita tercipta sama
tapi...kerana nama...kerana nama...
kau lakar cerita musnahkan maruah
hari bersejarah kau muntahkan kata bernanah
walau dunia melihat
kau tetap tertawa
pada airmata yang kau hina

hati siapa tak haru mengenangkannya
sekalipun airmata tiada harga
kerana ini perjuangan maruah,nyawa dan keluarga
melututpun belum tentu aku lupakan.

persoalannya ada maruah
ada suara tua yang lebih lama
menangis pada pedih cerita ini
dendam dalam diam
haruskah aku teruskan
atau kembali ke permulaan??
kemaafan belum tentu ku berikan
kerana parutnya berdarah
dari pertama sampai selamanya

aku tahu dendam ada mainan syaitan
huhhh...nafasku cuma keluhan
walau ia sudah jadi sejarah dalam keluarga
walau sudah ada kemaafan
walau dendam juga sudah terpadam
mungkin ini sudah ketentuan
bunga-bunga kembang berikan harapan kebahagian
aku tidak mahu menghukum
padamu aku ingatkan
jangan kau lupa masih ada Tuhan
yang akan membalas semua dendam










No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...