Sunday, 22 March 2015

Manja Perawan Dara

siang melambai malam yang sudah datang
lampu neon sudah di nyalakan
menyerikan malam warni warni bertamu bintang
burung-burung kembali ke sarang
anak muda mulakan acara mingguan

rok mini blouse ungu di padankan
menampakkan lurah gebu putih tanpa segan
menjadi satu kebanggaan
gincu merah di calit bibir perawan
lenggang berjalan ikut rentak badan
menguasai malam yang curang
pada anak muda yang hilang pedoman

muzik mainkan peranan
c manja bergoyang, menari di tengah gelanggang
pinggulnya dirangkul jejaka tampan
tidak lagi sopan
berpelukan dengan pasangan
syaitan juga melompat keriangan
malam panas hangat bangkitkan keghairahan
kucupan penuh kemesraan
malam juga malu mahu memandang
anak muda hanyut di tengah jalan

bila malam beransur pulang
siang kembali memberi salam
terlalu menyedihkan untuk di kenang
c manja terlihat sedu di sudut ruang
tiada lagi penyesalan cuma tangisan
kerana lupa pada Tuhan
kini kau perawan tiada dara..


No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...