Sunday, 22 March 2015

Karya Bisu

kertas dan pen biru beradu dalam lagu
tiada irama kerana penulisnya bisu
wajahnya keliru dahi berkerut
melihat semut bergerak dalam rumput
mengikut perintah si ratu
duhai semut...tidak lelahkah jalan berbatu-batu
sedang aku lelah melangkah kerana aku bisu
hari-hari aku mengeluh
lelahku mengatur gerak tubuh
dan semuanya kuringkaskan pada kertas dan pen biru

biar aku bisu tapi aku patuh
walau selalu mengeluh aku tetap sujud syukur
kerana ada kamu ada disitu,,kadang di balik batu
juga Pencipta yang tidak pernah tidur
selalu ada bila aku mula luluh

hadiah sempurna dalam memori
membawa karya dalam realiti
gerak tangan dan jari ada sejuta bahasa diri
syukur pada Ilahi ada juga yang mengerti
karyaku di sini
"From here to eternity"
bangkit dari mimpi berjalan kembali di realiti
ku lewati saja hari-hari nanti
sampai nanti aku pasti diingati

laguku mungkin bisu tapi intinya buat semua haru
walau aku penyair bisu tapi aku setegar semut
tidak ku takut pada maut
kerana janji aku akur pada-Mu yang Satu (Allah SWT)


No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...