kadang aku diam..kerana aku sudah bosan dengan kehidupan
kadang aku merenung…kerana aku marah pada orang-orang
kadang aku ketawa…bukan gembira tapi rasa mahu meludah
kadang aku menangis…kerana aku penat menghadap dunia
kadang juga aku tersenyum…kerana aku tahu ada kematian
dan kadang aku diam saja…kerana aku takut pada Tuhan
bila aku memerhati mereka kata aku gila
bila aku tutup mata mereka kata aku mati
bila aku melangkah mereka kata aku hilang arah
dan bila aku mula bercerita mereka kata aku pendusta
kenapa orang-orang mesti mengata
kenapa mereka suka mencela
kenapa mereka selalu alpa
kenapa mereka berdendam
kenapa mereka umpama Tuhan
menghukum dengan kata...tangan jadi senjata...
tidak peduli lagi kasih saudara
merekalah sempurna tiada cacat cela
aku di hukum di dunia
kerana dulu aku leka
tapi aku berubah...aku lupakan cerita lama
ku tanam di dada-dada tanah
tapi masih juga mereka curiga
aku ini manusia biasa
kadang terlupa kadang juga binasa oleh dunia
berikan saja aku ruang jadi orang berguna
jadi bunga memberi warna jalan ke syurga
terimalah aku seadanya
No comments:
Post a Comment