Saturday, 21 March 2015

Flamingo Surat Biru

pesona rasa saat khayal melihat flamingo
di atas tasik hijau permukaannya kelopak teratai
aku duduk di atas kerusi kayu
aku buka kotak besi biru
ada suratmu yang dulu...

daripada Tarabas kepada Fantghiro
itu gelaran kamu utk aku
dalam buku kau selitkan surat birumu
dengan malu aku berlalu

itu 15 tahun yang lalu
kita tidak lagi berhubung
kamu di barat dan aku di timur
mungkin jarak buat kita jadi bisu
mungkin juga kerana hati kita sekeras batu
kita mahu tapi malu
hingga masa berlalu
dan kita tidak dapat bersatu

biarlah berlalu
aku dan kamu
cuma bahagian dari masa lalu







No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...