Sunday, 15 March 2015

Karya Sejadah

selamat malam dunia
aku labuhkan karya tanpa pamitan
jiwaku yang hilang tumpulkan mata pena
tidak lagi menari atas kertas kaca
jemari juga tidak ikut rentak bahasa
fikiran tidak ada logika
cuma ada melankolika

cerita semalam kuabadikan dalam pelayaran syurga atau neraka
kenapa dilekatkan pada dinding kaca
belum tahu ada yang mahu baca
kalau adapun mungkin itu rama-rama hilang arah

tidak lagi aku duduk di depan kaca bercahaya
sambil berfikir penghujungnya cerita
tapi aku kembali sujud atas sejadah
bukan berkarya tapi menghitung dosa dengan air mata

aku lupa pada yang Esa
kerana karya aku tersadai dipuncak sengketa
airmata tidak ada erti apa-apa
bila aku kehilangan kata-kata dalam karya
baru aku sedar yang aku sudah lupa
hutang dan janjiku pada yang Esa
tidak bisa ku bayar dengan karya



No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...