Monday, 23 March 2015

Hilang Bersama Tanah Merah

ada kebahagiaan yang aku rasa
khayal aku melihat titisan hujan yang tumpah di lantai bumi
menyapu debu dari tanah kering
katak berpesta menari keriangan
menyambut datangnya hujan
bunga-bunga mekar memberi warna irama pada kumbang yang selalu memerhati
pelangi pula tidak sabar menunggu hujan berhenti
mempamerkan kecantikan tujuh warna dirinya

aku senyum...aku kembali pada realiti
haruman kopi buat aku segar
tapi......
perasaan tidak seindah pemandangan
termangu dalam angan-angan
mahu saja aku lari berpesta dengan katak
tiada dendam,tiada harapan,tiada kedukaan
cuma keriangan dengan lagu tiada rentak
kocakan lecak kecoklatan...tambahkan irama

biarlah lara yang terpendam
nanti akan hilang saat ku beradu dalam keranda taman
kaca mata hitam menutup kocak air mata
susahnya melupakan sisa-sisa masa silam
yang hitam..yang kelam..yang curang...yang malang
yang tiada sesiapa bisa hapuskan cerita semalam
cuma bisa menunggu lilin masa padam
dan semua hilang ...hilang ... bersama tanah kemerahan








No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...