Monday, 23 March 2015

Lagu Bila Aku Rindu

petikan gitar akustik jemari runcing
lembut menekan tali-tali kecil dalam detik
bersatu dalam melodi lahir dari rasa
burung bersiulan seakan mengerti lirik
dinding-dinding melontarkan gema
pesona suara mengikut irama
lalang menari menjadi penari latar pentas tanah
angin menyapa membuka tirai dunia
penontonmu pohon-pohon...
daunan berguguran tepukan gemuruh alam
mata tertutup...mulut bergerak mengikut jemari
rasa dalam jiwa di lontarkan dalam lagu
setiap nafas adalah kata yg bertamu
menjadi syahdu...mendayu...berlagu
setiap yang mendengar juga pasti akan layu
layu kerana lagunya yang sayu...
sayu kerana liriknya haru
haru kerana jiwanya tandus
tandus kerana hatinya remuk
di satukan rasa dalam lagu

bila mata terbuka ...kosong...
cuma ada tanah lapang...pohon-pohon...
burung yang terbang...
angin kencang menyambar daun yang gugur...
di sinilah pentasku
tempat ku labuhkan lagu-lagu rindu
dan merekalah...mereka semua (pohon,angin,daun dan burung)
penontonku yang tidak tidur
selalu mendengar setiap lagu dengan gitarku
bila aku rindu










No comments:

Post a Comment

Lapisan Rindu

  Lapisan Rindu Dari senyum dan mata Suara dan sentuhan Mengupas lapisan rindu Satu satu satu Berat Tuhan rasa ini Dia dalam hati Janji dike...