Menjemput hari-hari yang tersisa
Kelopak mata masih bertaut
Berperang dengan mimpi yang bercerita
Bangkit lagi mengejar harapan yang tertinggal
Untuk sebuah senyuman
Di hamparkan tulang kerat mendaki dada langit
Melihat nyiur menyapa matahari
Sungguh tinggi menyentuh awan
Mahu ke puncak tidak dengan angan
Pasti nanti bahangnya kan membakar
Berharap hujan akan datang
Membawa kerahmatan untuk pendakian perjuangan
Tegakkan dada dan tadahkanlah tangan
Curahkan semua kudrat dari Tuhan
Walau taufan menyerang
Bertahanlah pada nyiur
Yang sesekali merendah ke tanah
Untuk esok yang gemilang
Kau pasti mendapatkannya
No comments:
Post a Comment